Cyberjaya: 11 Januari, 2013 — Syarikat-syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam Pakej Komunikasi Belia telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa mereka telah melantik hampir 1,000 wakil jualan di seluruh negara sehingga hari ini. Jumlah wakil-wakil jualan yang dilantik oleh syarikat-syarikat telekomunikasi itu akan ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa diseluruh negara untuk memastikan para belia dapat membeli telefon pintar 3G yang mereka idamkan dengan lebih mudah. Mereka yang telah berjaya mendaftar diminta bersabar sedikit dan kerap menyemak senarai wakil-wakil penjual yang telah dilantik di laman-laman sesawang setiap syarikat telekomunikasi atau pemberi perkhidmatan di SKMM.
Setiap syarikat telekomunikasi juga menawarkan beberapa model telefon pintar untuk para belia membuat pilihan. Disebabkan permintaan yang diluar jangkaan, ada kemungkinan tidak cukup stok atau kekurangan model telefon. Setakat ini terdapat 28 jenis telefon yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi di bawah skim ini.
Model-model telefon ini akan ditambahkan dari semasa ke semasa oleh pihak syarikat selaras dengan penambahan stok dari yang sedia ada agar para belia mempunyai lebih banyak pilihan. Perlu diingat bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi tidak menawarkan semua telefon pintar yang disenaraikan di bawah. Belia perlu ke laman sesawang syarikat-syarikat tersebut dahulu untuk melihat model telefon yang ditawarkan oleh setiap syarikat.
SKMM menasihatkan para belia agar memilih telefon berdasarkan kemampuan masing-masingdan tidak terburu-buru membeli selepas mendaftar. Setelah mendaftar, belia yang layak diberitempoh 30 hari untuk menebus rebat RM200 mereka di wakil-wakil penjual yang dilantik.
SKMM menasihatkan para belia agar memilih telefon berdasarkan kemampuan masing-masingdan tidak terburu-buru membeli selepas mendaftar. Setelah mendaftar, belia yang layak diberitempoh 30 hari untuk menebus rebat RM200 mereka di wakil-wakil penjual yang dilantik.
Berdasarkan semakan pada laman web syarikat telekomunikasi, buat masa ini, tidak banyak wakil sah yang dilantik oleh mereka kecuali syarikat telekomunikasi U Mobile dan Clixster. Namun, ia mungkin akan dikemas kini oleh syarikat telekomunikasi dalam masa yang terdekat.
Bagi pembaca yang telah pun mendapat kelulusan rebet, buat masa ini kami merasakan U Mobile menawarkan pilihan telefon pintar dan senarai pengedar yang banyak kerana mereka telah melantik syarikat Senheng dan SenQ di seluruh negara. Di samping itu, mereka turut memberikan kad sim prabayar percuma semasa pembelian nanti. Pilihan kedua yang kami pilih adalah Maxis melalui Hotlink.
Kami akan mengemas kini dari masa ke semasa untuk memudahkan belia mendapat info berkaitan PKB ini. Untuk makluman belia juga, sehingga 12 Januari, seramai 187,000 belia telah berjaya mendaftar rebet RM200 di bawah PKB dalam tempoh 12 hari.
Credit : mytetikus.com
No comments:
Post a Comment