Hello Kitty Malaysia Is Finally Here Today!

A Super Good News to all Hello Kitty Fans!!

I believe a lot of you girls and guys searching around
where to grab for Hello Kitty products in Malaysia for a really
long time…

And today…

Finally… Hello Kitty Malaysia is here..!

They are selling for Hello Kitty products and tickets for
Sanrio Hello Kitty Town Malaysia through online!

Currently they’re giving away Hello Kitty 2013 Calender, and you can
have your own copy from them today.
If you don’t believe me check it out for yourself here,
while it’s still available:

==> http://www.hellokittymalaysia.com

This special Hello Kitty 2013 Calender is valid for a limited time
only, which it may be taken off completely. Stop reading this now,
and go to the Hello Kitty Malaysia website and grab
your own copy now:

==> http://www.hellokittymalaysia.com

If you’re reading this blog post too late, then you may have missed it.
Don’t leave a comment to complain because there’s nothing I can do.
I DID tell you it’s a limited offer :)


Grab Your Calender Now

Fara Fauzana tak kesah bermadu??

Berita panas... Fara fauzana nak bermadu?? Biar betul... Tak ramai yang suke bermadu kerana tak suke berkongsi kasih dengan orang laen.. Kalau aku pon taknak!! Tapi Fara Fauzana laen.. Die sanggup bermadu asalkan bakal madunye tue setuju dan tak kesah.. Bagi aku Fara bukan terdesak tapi kalau dari segi positif die jenis seorang yang tak kesah dan menerima takdir jika jodohnya maybe suami orang.. Ini ayat yang Fara bagitau wartawan..


“Benar, saya tidak kisah untuk hidup berpoligami. Tetapi dengan syarat, isteri lelaki itu yang perlu datang untuk pinang saya.
“Perkara itu menjadikan perkahwinan saya nanti tiada masalah kerana tidak ada unsur-unsur mahu berselindung,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada pelancaran program-program baru slot 9X TV9 di Marche, The Curve, di sini, pada Khamis.

Manisnye FF bertudung... 

Note : Bagusnye bermadu jika rela TAPI kalau tak rela........... (dpat payung emas jugak ker??) ^_^

Akhirnya JOZAN menang jugak!

Wah... sape minat komedi??? Rase-rasenye sangat ramai yang meminati MAHARAJA LAWAK MEGA kat Astro Warna kan... Mane taknye ade JOZAN, JAMBU n BOBOI... yang terbaru kumpulan SHIRO! Tapi kalau ade SEPAH mesti besh kan.. hehehe...

Malam tadi berakhirnya Maharaja Lawak Mega (MLM) 2012 dan pemenangnye disandang oleh JOZAN.. Ingat tak, Jozan penah masuk Maharaja Lawak tapi dapat nombor 2 dan Sepah juara. Memang rezeki Sepah mase tue sebab kalau di ikutkan setiap minggu Jozan tempat pertama.. So, korang bley bace artikel bawah nie yang aku amek dari Raccos Story.

Johan happy dan turun padang walaupon kaki die blum sembuh. I say JO, u all say Zan!!



Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2 Raih Habuan RM500 000 | Seperti yang dijangka, malam kemuncak Maharaja Lawak Mega (MLM) Akhir 2012 menjadi malam penuh bermakna buat kumpulan Jozan apabila dinobatkan sebagai juara, di pentas akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru, sebentar tadi. 

Dengan memperoleh markah tertinggi, Johan dan Zizan Razak sekaligus memusnahkan harapan empat lagi finalis lain yang bersaing iaitu Jambu, Shiro, Saywho dan Boboi.

Kemenangan duo serasi ini melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Gelaran naib juara pula, milik Jambu dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.

Kumpulan Shiro mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.

Bagaimanapun, kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Manakala satu-satunya kumpulan dari Indonesia, Saywho di tempat kelima dan menerima RM15,000 berserta trofi.

Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal - tema yang sama seperti musim lalu.

Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri dan selebihnya undian penonton di rumah.

Juri tetap terdiri daripada Awie, Lisa Surihani, Wulan Guritno (dari Indonesia) dan Najip Ali (dari Singapura).

Program realiti yang mencetuskan fenomena tersendiri sejak musim pertama ini menyaksikan 10 barisan pelawak dan pelakon komedi tersohor membabitkan penyertaan dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Mereka berentap di gelanggang MLM 2012 selama sembilan minggu yang bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) dan Mustika HD (134) sejak bermula 16 November 2012.


Note : Sorry entri panjang lebar.. hehehe... ^_^

Ujibakat SimplySiti

Dengan ini saya mengisyhtiharkan bahawa (amboi dah macam ucapan nak raya) hahaha.... Ari nie entri aku pendek jer.. Sape gune makeup SimplySiti? Korang penah bayangkan muke korang muncul dalam tv? Kalau korang teringin nak muncul dalam tv korang bley join satu audition yang dibuat oleh company SimplySiti.. Kalau korang nak tengok video tentang ujibakat tue, korang bley ke fb SimplySiti k...^_^



Note : Aku tak sure kalau SimplySiti memerlukan model lelaki???? hehehe.... Gud luck!! ^_^

Dato' Siti Nurhaliza berhijrah??

Halo halo!!!!!
Ramai yang dah tau tentang Dato' Siti telah pon berhijrah.. Kemane??? Dato' Siti tak kemane pon... Beliau tetap disamping suaminye Dato' K... Hehehehe.... Dato' Siti cume berhijrah dari memakai selendang ke hijab.. Wah.... Hijab-ista! Ala-ala Hana Tajima tau.. Sempena hari jadi Dato' Siti yang ke 34 tahun pada 11 January beliau telah terbuka hati untuk berhijab.. Alhamdulillah.. Bagi aku permulaan yang baik walaupon ramai yang tak suke cara Dato' Siti berhijab.. Jom kite tengok sikit gambar aku nak share dengan korang.. Aku amik dari FB Dato' Siti...



 Manisnye Dato' Siti bertudung.


Muke bersih walaupon tak makeup.

 Geram tengok kek Dato' Siti.. Hehe...



Note : Tak elok menilai buruk tentang orang laen. Sebelum menilai orang baek tengok diri sendiri... (aku bile lagi??) Coming soon.... ^_^

Siaran Akhbar SKMM : Hampir 1,000 Wakil Penjual Pakej Komunikasi Belia Di Seluruh Negara

Cyberjaya: 11 Januari, 2013 — Syarikat-syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam  Pakej Komunikasi Belia telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa mereka telah melantik hampir 1,000 wakil jualan di seluruh negara sehingga hari ini. Jumlah wakil-wakil jualan yang dilantik oleh syarikat-syarikat telekomunikasi itu akan ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa diseluruh negara untuk memastikan para belia dapat membeli telefon pintar 3G yang mereka idamkan dengan lebih mudah. Mereka yang telah berjaya mendaftar diminta bersabar sedikit dan kerap menyemak senarai wakil-wakil penjual yang telah dilantik di laman-laman sesawang setiap syarikat telekomunikasi atau pemberi perkhidmatan di SKMM.
syarikat telekomunikasi pakej komunikasi belia
7 Syarikat Telekomunikasi yang dilantik bagi Pakej Komunikasi Belia
Setiap syarikat telekomunikasi juga menawarkan beberapa model telefon pintar untuk para belia membuat pilihan. Disebabkan permintaan yang diluar jangkaan, ada kemungkinan tidak cukup stok atau kekurangan model telefon. Setakat ini terdapat 28 jenis telefon  yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi di bawah skim ini.
senarai telefon pakej komunikasi belia skmm

28 model telefon yang ditawarkan di bawah PKB
Model-model telefon ini akan ditambahkan dari semasa ke semasa oleh pihak syarikat selaras dengan penambahan stok dari yang sedia ada agar para belia mempunyai lebih banyak pilihan. Perlu diingat bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi tidak menawarkan semua telefon pintar yang disenaraikan di bawah. Belia perlu ke laman sesawang syarikat-syarikat tersebut dahulu untuk melihat model telefon yang ditawarkan oleh setiap syarikat.
SKMM menasihatkan para belia agar memilih telefon berdasarkan kemampuan masing-masingdan tidak terburu-buru membeli selepas mendaftar. Setelah mendaftar, belia yang layak diberitempoh 30 hari untuk menebus rebat RM200 mereka di wakil-wakil penjual yang dilantik.
 
Berdasarkan semakan pada laman web syarikat telekomunikasi, buat masa ini, tidak banyak wakil sah yang dilantik oleh mereka kecuali syarikat telekomunikasi U Mobile dan Clixster. Namun, ia mungkin akan dikemas kini oleh syarikat telekomunikasi dalam masa yang terdekat.
u mobile pkb baru 03
Antara pilihan telefon ditawarkan oleh U Mobile
Bagi pembaca yang telah pun mendapat kelulusan rebet, buat masa ini kami merasakan U Mobile menawarkan pilihan telefon pintar dan senarai pengedar yang banyak kerana mereka telah melantik syarikat Senheng dan SenQ di seluruh negara. Di samping itu, mereka turut memberikan kad sim prabayar percuma semasa pembelian nanti. Pilihan kedua yang kami pilih adalah Maxis melalui Hotlink.
Kami akan mengemas kini dari masa ke semasa untuk memudahkan belia mendapat info berkaitan PKB ini. Untuk makluman belia juga, sehingga 12 Januari, seramai 187,000 belia telah berjaya mendaftar rebet RM200 di bawah PKB dalam tempoh 12 hari.
Credit : mytetikus.com

Etude House CNY Promo!!

Makeup!! Makeup!!! Sape suke makeup?? mesti lar gugurl2 kan.. Sempena Tahun Baru Cina nie.. Etude House ade buat promosi. Murah2 sume.. Ade Set BB Cream, Mask, Hand Cream pon ade gak!! Jom tgk promosi CNY Etude House! ^_^

 Promosi nie dalam bentuk set. Kalau purchase lebih dari RM80 korang dapat calendar dari Etude House tau!! Chantek!


 Promosi nie plak utk sesape minat mask. Murah giler!!


Special Promotion dari Etude House. RM9.90 / RM19.90 dan RM29.90 jer..


Ape lagi.. Jom serbu Etude House.. Promosi nie start 2 Jan 2013 sampai 28 Feb 2013... Rugi kalau tak beli.. huhuhu... Tapi korang tak suke makeup nak buat macam mane... Korang boleh try Mask atau hand cream.. Memang Besh dan wangi tau!! ^_^

Note : Kekadang lelaki pon pakai makeup jugak...Konon K-pop... hahaha... Korang setuju?? 

Sushi Maki Homemade!


Malam tadi malas nak masak sebenarnye.. Lagipon minyak dh abish dan sangat malas nak pegi beli.. hahaha.. Jadi Mr.Jack kate nak makan sushi. Sebenarnye, barang nak buat sushi dh lame beli tapi memandangkan 'bamboo mat' takde so tak terase nak buat lah. Tapi malam tadi terase rajin plak nak buat. Apalagi, gune mende yang ade jelar.. hahaha... Janji jadi kan! Meh tengok ape mende yang aku ade, ko hado??? hahahaha...

Kalau pegi makan kat Sushi King agak mahal kan?? Nie korang bley wat sendiri dengan banyaknye dengan modal yang sikit. bawah RM50 dah dapat makan sushi yang banyak.. Nie bahan-bahannye :-

Nie bahan penting untuk wat sushi. Seaweed, Sumo Rice and Rice Vinegar.


Bahan-bahan nak buat Sushi nie senang jer...

3 keping Seaweed (kalau korang nak banyak pon boleh)
2 cawan Sumo Rice (korang masak cam masak nasi jer)
1 sudu Rice Vinegar
Garam (secukup rasa)
1 biji timun (potong panjang)
1 biji carrot
4 batang crabstick
3 biji telur (goreng cam telur dadar pastu potong memanjang)
Bamboo Matt (kalau takde gune plastik wrap tue cam aku buat)

Okie, seaweed korang bley carik kat mane-mane pasaraya seperti Giant, Econsave atau Tesco.. Mesti ade.. Hargenye pon blie yang murah jer.. Beli pack yang besar. korang jangan beli yang dh siap potong kecik-kecik.. kang ape pon tak bley! hahaha... Sumo Rice tue aku beli kat Tesco. Hargenye RM10.90 jer.. Then Rice Vinegar tue plak dalam RM8.00.. aku pon dh tak ingat sebab entah mane aku campak resit tue... hahaha... Yang laen-laen korang boleh carik kat memane kedai runcit.


Cara-caranye senang jer.. hehe..

Masukkan nasi yang dah siap masak tu dalam mangkuk (pastikan bukan mangkuk jenis2 besi tue) plastik pon okie sebab kita nak gaul nasi tue dengan cuka. Nanti tak pasal2 dapat perisa tambahan.. hehe...
Pastu letak Rice Vinegar kendian letak garam sikit.. Jangan banyak2.. Nanti masin sangat plak. Pastu gaul sume skali. Lagi satu, korang gaul tue kene guna sudu/senduk plastik/kayu jer bley k...


Okie,pastu apalagi.. kita rolling sama die!! hahaha.... bentangkan plastic wrap tue atau bamboo mat then korang letak seaweed atas tue.. Atas seaweed tue letak nasi dan sume inti2 sushi tue.. Timun,carrot, telur dengan crabstick.. Korang nak letak inti laen pon boleh.. ikut citarasa masing2.. Lepas tue ape tunggu lagi terus gulung jer..


Dah siap gulung sume sushi yang ade potong lar ikut size korang nak... Aku suke sedang2 jer.. Skali jer ngap! hahaha.. (nampak gelojoh aku tue)


Okie done mission Sushi Maki Homemade!! 

note : Jadi tak korang buat?? Kalau tak jadi cube lagi k!!! ^_^

Click Me!

Hak Cipta Terpelihara Oleh Azwany Razak ^_^ 2009-2013