Pak Nil jadik Hero???

Wah.. Lame giler x update blog.. sebok sangat skang.. hikhikhik... Okie rinie ade kisah menarik yang nak aku kongsi dengan korang.. Sape tak kenal Aznil Haji Nawawi (Paknil) kan.. Kalau ade yang tak kenal tue aku tak tau lar korang dari planet mane.. huhuhu.. Paknil nie sorang pengacara, pelakon, penyanyi, penyampai radio pon die gak.. Hebat kan??? Sekarang nie die jadik penyampai radio Era dan pengacara Akademi Fantasia 9 (AF9).. Rancangan die sendiri pon ade gak.. Macam-Macam Aznil dengan Tom Tom Bak.. Korang tanye lar bebudak kecik konfem kenal Paknil nie..


Okie, berbalik pada tajuk.. Betul ker Paknil jadik Hero atau sekadar dalam filem?? Seriously, memang Paknil jadik hero selamatkan nyawa seseorang yang ingin bunuh diri.. Pergh.. Sewel ker ape orang tue nak bunuh diri.. Korang nak tau kisahnyer.. Meh bace meh...




KUALA LUMPUR: Tindakan pantas pengacara popular, Aznil Nawawi, 48, atau lebih dikenali sebagai Pak Nil bukan saja menyelamatkan nyawa seorang pendengar radio yang mahu membunuh diri, malah menyelesaikan masalah pinjaman lelaki terbabit yang diburu along sejak lapan bulan lalu.

Kemuliaan hati Aznil terserlah apabila dia memberikan wang RM1,000 kepada mangsa untuk melunaskan hutang itu demi menyelamatkan nyawa lelaki terbabit.

Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun yang kini menganggur selepas berhenti kerja nekad membunuh diri kerana dia dan keluarganya sering diganggu along selepas meminjam wang sejak lapan bulan lalu.

Akibat tidak tahan dengan ugutan along, mangsa yang tertekan mahu mengambil jalan mudah dengan meminum racun bagi menyelesaikan masalahnya itu.

Namun, lelaki terbabit mengirim SMS menerusi program Merisik Khabar, Riuh Pagi di stesen radio Era FM, kelmarin, dipercayai sebagai amanat terakhirnya kerana buntu selepas ahli keluarga enggan membantunya menyelesaikan masalah berkenaan.


Rujukan : myMetro

p/s : Hebatkan Paknil.. Boleh jadik contoh kat orang lain.. Bukan macam sesetengah artis yang dotdotdot... Lalalalala... Bak kate Nabil, Lu Pikir La Sendiri.. Huhuhu


No comments:

Click Me!

Hak Cipta Terpelihara Oleh Azwany Razak ^_^ 2009-2013