Wah... sape minat komedi??? Rase-rasenye sangat ramai yang meminati MAHARAJA LAWAK MEGA kat Astro Warna kan... Mane taknye ade JOZAN, JAMBU n BOBOI... yang terbaru kumpulan SHIRO! Tapi kalau ade SEPAH mesti besh kan.. hehehe...
Malam tadi berakhirnya Maharaja Lawak Mega (MLM) 2012 dan pemenangnye disandang oleh JOZAN.. Ingat tak, Jozan penah masuk Maharaja Lawak tapi dapat nombor 2 dan Sepah juara. Memang rezeki Sepah mase tue sebab kalau di ikutkan setiap minggu Jozan tempat pertama.. So, korang bley bace artikel bawah nie yang aku amek dari
Raccos Story.
Johan happy dan turun padang walaupon kaki die blum sembuh. I say JO, u all say Zan!!
Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2 Raih Habuan RM500 000 | Seperti yang dijangka, malam kemuncak Maharaja Lawak Mega (MLM) Akhir 2012 menjadi malam penuh bermakna buat kumpulan Jozan apabila dinobatkan sebagai juara, di pentas akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru, sebentar tadi.
Dengan memperoleh markah tertinggi, Johan dan Zizan Razak sekaligus memusnahkan harapan empat lagi finalis lain yang bersaing iaitu Jambu, Shiro, Saywho dan Boboi.
Kemenangan duo serasi ini melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Gelaran naib juara pula, milik Jambu dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.
Kumpulan Shiro mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.
Bagaimanapun, kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Manakala satu-satunya kumpulan dari Indonesia, Saywho di tempat kelima dan menerima RM15,000 berserta trofi.
Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal - tema yang sama seperti musim lalu.
Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri dan selebihnya undian penonton di rumah.
Juri tetap terdiri daripada Awie, Lisa Surihani, Wulan Guritno (dari Indonesia) dan Najip Ali (dari Singapura).
Program realiti yang mencetuskan fenomena tersendiri sejak musim pertama ini menyaksikan 10 barisan pelawak dan pelakon komedi tersohor membabitkan penyertaan dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Mereka berentap di gelanggang MLM 2012 selama sembilan minggu yang bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) dan Mustika HD (134) sejak bermula 16 November 2012.
Note : Sorry entri panjang lebar.. hehehe... ^_^